Meta tag merupakan deskripsi yang ditambahkan pada kode HTML (Hyper-text markup language) blog anda. Cuba anda bayangkan, META Tag merupakan bahagian kecil kod yang mengandungi maklumat asas tentang blog anda. Mesin Pencari akan mencari kod-kod tersebut untuk menemukan maklumat apa yang tersedia di blog anda, dan dimana blog anda dapat ditemukan. Blog dengan meta tag mempunyai kesempatan yang lebih besar berada pada daftar penemuan mesin pencari (dan terdaftar pada senarai yang lebih dahulu) daripada blog yang tanpa META Tag. Sekitar 80% pengguna internet menggunakan mesin pencari dalam melakukan aktifitas internet mereka, dan kunci untuk menjadikan mesin pencari menemukan blog adalah melalui META Tagnya. META Tag menyediakan langkah tepat untuk memberikan ringkasan blog (walaupun tidak semua mesin pencari). Mempunyai META Tag memungkinkan anda mendapatkan populariti yang tinggi pada beberapa mesin pencari. Tempat teratas dalam mesin pencari bererti pula trafik yang tinggi dan memungkinkan banyak pembaca yang mendatangi blog anda.
Usahakan anda gunakan meta tag pada setiap blog anda agar META Tag lebih efektif dan secara konsisten mempengaruhi populariti blog anda pada daftar mesin pencari. META Tag mesti ditempatkan pada setiap blog anda tanpa peduli sebanyak manapun tag.
3 bentuk META Tag yang biasa digunapakai oleh mesin pencari adalah description, keyword, dan robots. |